Tips dan info

wangian-wangian mengikut sunnah

Wangian lelaki

Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 
1. Perasaan malu 
2. memakai wangian 
3. bersiwak 
4. bernikah

 (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)


حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة

Maksudnya: "Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 
1. Wanita yang halal
 2. wangian 
3. rasa seronok dalam solat." 

(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:

طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Wangian wanita

Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Wangian Rasulullah

Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله

Maksudnya: "Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w." (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud - sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian

Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:

من عرض عليه ريحان فلا يرده

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)

Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.

Tip memakai Minyak Wangi

* Minyak wangi berkesan kepada kulit yg panas dan mempunyai peraliran darah yg baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yg paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yg dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi. * Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yg suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yg tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dgn pemakaian minyak wangi baru.
* Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri.Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yg sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan.
* Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Utk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jgn simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.
        
Mengapa bau minyak wangi berbeza2 bila dipakai oleh org berlainan?
* Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yg kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.
* Suhu dan kelembapan yg berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi  mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.
* Minyak wangi adalah campuran bahan2 tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yg  baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dgn bau asal yg digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yg berterusan.
* Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dgn peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.
* Setiap org mempunyai  bau badan yg tersendiri.Semua bergantung kepada keadaan kulit masing2, gaya hidup dan pemakanan yg seimbang. Org lain mungkin sesuai dgn haruman yg digunakan tetapi kita tidak.



Lain2.....


  1. Eau de Parfum sebaiknya tidak langsung disemburkan ke baju karena akan menimbulkan noda dan sulit hilang. Gunakan selalu pada kulit badan. Parfum yang disemprotkan atau digunakan ke badan akan berkembang dan menjadi makin lembut nantinya.
  2. Semprotkan atau oleskan minyak wangi di belakang telinga, leher, belakang lutut, dan belahan dada.
  3. Sebaiknya, kemasan minyak wangi disimpan ditempat yang sejuk seperti di lemari pendingin agar bertahan lebih lama dan bau serta warnanya tidak berubah.
  4. Kini minyak wangi tersedia dalam berbagai ragam aroma dan botol/kemasan aneka bentuk serta rupa. Wadah/botol yang tidak transparan akan lebih awet dibanding yang transparan, karena isinya terlindung dari sinar secara langsung.

Tips Memilih Minyak Wangi

Anda mungkin sering beli minyak wangi atau perfume, tapi wanginya berubah pada keesokannya. Atau pinjam minyak wangi teman, tapi ketika digunakan, aromanya berbeza dengan teman Anda. Memilih minyak wangi baru agak membingungkan. Saat ini tersedia berbagai minyak wangi. Berikut, fakta dan tip agar tidak bingung lagi saat beli minyak wangi.
jenis Wangi dari minyak wangi terdiri dari 4 macam wangi. Setiap kali menyemburkan minyak wangi, Anda akan membau 3 aroma yang terdiri dari:
Top note – muncul dalam 5 – 10 minit sesudah disemburdan menghadirkan wangi yang paling kuat. Lapisan ini biasanya terdiri dari jenis wangi green, sitrus, aldehyde, dan floral lembut.
Middle note (jantung) – muncul 20 – 30 minit sesudah disemburkan. Pada saat ini, hampir semua alkohol sudah mengewap. Wangi tengah / jantung sering kaya bunga.
Base note – muncul sekitar 2 jam sesudah disemburkan dan membantu mengikat wangian bersama. Wangi kayu seperti cedarwood, sandalwood, vanila ditempatkan di base note.
Yang terakhir adalah missing note, zat kimia kulit setiap orang yang membantu menentukan intensiti dan kepanjang umuran minyak wangi. Inilah yang menyebabkan mengapa wangian bisa berbeza pada setiap orang.
Tip saat beli minyak wangi baru
  • membataskan hanya mencuba 3 contoh wangian untuk mencegah olfactory kelelahan.
  • Semburkan minyak wangi pada kertas putih. Jangan semburkann pada tinta kerana boleh mengubah aroma.
  • Sesudah disemburkan, tunggu beberapa detik untuk mencegah tercampur dengan wangian sebelumnya.
  • Jika disemburkan di pergelangan tangan, jangan terus menggosok pergelangan tangan bersama. Cara ini merosakan aroma dan mengubah wangian. Tahan beberapa detik untuk membantu suhu panas tubuh mengaktifkan wangian.
  • Jika mempunyai waktu, tunggu top note menetap dulu selama 5 – 10 minit sehingga Anda lebih yakin bagaimana kerja wangian itu pada zat kimia Anda
sumber: tabloid Aura