Ejen

* Tarikh Kemaskini : 10hb Ogos 2012

  • Untuk mendaftar, sila hubungi mana-mana Cawangan atau Stokis yang anda sukai, sila rujuk senarai Cawangan dan Stokis di muka RAKAN NIAGA di atas. Selain Cawangan dan Stokis pendaftaran juga boleh dibuat melalui Ejen lain atau Mini Stokis. Jika berdaftar melalui Ejen lain, Ejen tersebut hanya bertindak sebagai Penaja anda sahaja, pesanan stok produk permulaan dan tambahan hendaklah dibuat dengan mana-mana Cawangan, Stokis atau Mini Stokis (Ejen tidak boleh membekal stok produk kepada Ejen lain).
  • Anda juga boleh mendaftar secara on-line, sila klik logo e-Niaga di MUKA UTAMA. Sila masukkan 'user name' sebagai 'HQ' dan klik butang 'Go', selepas itu di muka lain sila klik butang 'log in' dan klik butang 'Register Now'. Sila isi semua maklumat yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya. Jika anda sudah ada Penaja sila pilih Penaja anda, jika anda masih belum ada Penaja biarkan sahaja sebagai 'default' (NOTA :Jika anda menghadapi masalah, sila emel ke e-niaga@muslimfragrances.com nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan, nombor handphone dan nyatakan jenis rakan niaga yang ingin anda daftar samada Stokis, Mini Stokis atau Ejen. Anda akan menerima USERNAME & PASSWORD melalui email anda).
  • Yuran pendaftaran e-niaga ialah RM20 seumur hidup, bayaran yuran hendaklah dibuat terus ke akaun HOT PERFUME SDN BHD, Maybank 558097012816 atau Public Bank 3986652706. Sila sms bukti pembayaran ke 019-4210454 atau email ke e-niaga@muslimfragrances.com. Selepas mendaftar Ejen akan diberi kad keahlian dan URL peribadi.
  • Hanya satu sahaja jenis keahlian dibenarkan mendaftar bagi setiap individu. Bagi yang telah mendaftar sebagai Ejen, tidak dibenarkan lagi mendaftar sebagai Cawangan atau Stokis ataupun Ejen walaupun dengan menggunakan penama lain dari kalangan ahli keluarga atau kenalan dengan tujuan untuk menggandakan jumlah jualan dengan cara tidak sah. Kitaran jualan produk yang berlaku dari peringkat paling atas iaitu Cawangan sehinggalah ke peringkat paling bawah iaitu Ejen hendaklah kitaran jualan dari aktiviti perniagaan yang sah melalui ahli-ahli yang ditaja dan urusniaga yang benar-benar berlaku (genuine business), bukan dengan formula rekaan sendiri supaya jumlah jualan meningkat secara tidak sah untuk mengejar insentif jualan yang disediakan.
  • Modal Ejen bagi pesanan permulaan stok produk ialah minima RM80. Manakala bagi setiap pesanan tambahan stok pula ialah minima RM50. Semua pesanan stok produk hendaklah dibuat dengan menggunakan akaun e-niaga.
  • Kadar komisyen Ejen ialah 30% dari harga pasaran semua jenis produk, kecuali Pencuci Pinggan Mangkuk Beraroma dan Pencuci Lantai/Serbaguna Beraroma iaitu 20%.
  • Selain mendapat pulangan hasil dari menjual produk kepada pengguna, Ejen juga berpeluang mendapat pulangan tambahan tunai dari Insentif Jualan Kumpulan bulanan, dengan syarat jumlah jualan peribadi bulanan Ejen hendaklah mencapai RM1,000 dan ke atas. Insentif Jualan Kumpulan bulanan merujuk kepada hasil jualan semua rakan niaga yang telah dilantik oleh Ejen (Penaja Kumpulan). Insentif Jualan Kumpulan bulanan akan dibayar mengikut 3 level seperti berikut. Bagi setiap level, tiada had bilangan penajaan rakan niaga ditetapkan, Ejen boleh mendaftar atau menaja seberapa ramai Stokis, Mini Stokis dan Ejen lain (kecuali Cawangan) supaya berada di bawah rangkaian kumpulannya.

  • Ejen boleh menaja lain-lain Stokis, Mini Stokis dan Ejen supaya berada di dalam kumpulannya, tetapi semua urusan pesanan stok produk permulaan dan tambahan oleh Stokis, Mini Stokis dan Ejen ditaja hendaklah dibuat dengan pihak Cawangan, Stokis atau Mini Stokis.
  • Anda hendaklah merekodkan setiap aktiviti urusniaga dalam akaun e-niaga anda, ini termasuklah maklumat stok produk semasa, setiap stok produk tambahan yang dibuat dan maklumat hasil jualan.
  • Untuk memastikan keahlian anda sentiasa aktif, anda perlu memastikan pada setiap bulan anda tidak terkecuali daripada membuat urusniaga pesanan stok produk tambahan sekurang-kurangnya pada jumlah minima RM50.
  • Jika dalam masa sesuatu bulan ahli gagal membuat sebarang urusniaga pesanan stok produk tambahan, keahlian anda akan digantung secara automatik oleh sistem e-Niaga. Keahlian anda akan kembali aktif secara automatik juga apabila anda kembali membuat urusniaga pesanan stok produk tambahan dalam bulan berikutnya. Semasa bulan keahlian digantung (tidak aktif), ahli tidak layak mendapat insentif jualan kumpulan atau lain-lain insentif jika ada.
  • Untuk layak dikira mendapat insentif jualan Kumpulan bulanan, ahli perlu mencapai jumlah minima JUALAN PERIBADI bulanan RM1,000.
  • Jumlah jualan kumpulan merujuk kepada harga jualan Ejen kepada pengguna 100%.
  • Pada bila-bila masa, Ejen bebas membuat pesanan stok produk tambahan dengan mana-mana Cawangan, Stokis atau Mini-Stokis yang disukai selain dengan Cawangan, Stokis atau Mini Stokis tempat pendaftaran atau kumpulannya.
  • Ejen bebas menjalankan strategi pemasaran dan promosi sendiri tetapi mestilah mematuhi sepenuhnya semua terma dan syarat sebagai rakan niaga HOT Perfumes dan harga jualan runcit produk seperti yang telah ditetapkan. HOT Perfumes berhak menggantung atau menamatkan status perlantikan mana-mana Ejen yang melanggar peraturan tanpa syarat.
NOTA : Bagi anda yang tidak berupaya menjalankan urusniaga melalui internet, anda boleh memilih untuk menjadi Ejen tanpa berdaftar melalui e-Niaga tetapi anda tidak layak mendapat insentif-insentif yang disediakan jika ada. Untuk pendaftaran begini, pendaftaran hanya direkod di dalam buku log sahaja oleh Cawangan, Stokis atau Mini Stokis tempat pendaftaran anda. Pendaftaran cara ini anda tidak akan diberi kad keahlian dan anda hanya boleh membuat pesanan stok produk dengan Cawangan, Stokis atau Mini Stokis tempat anda berdaftar sahaja kerana anda hanya dikenali di tempat tersebut melalui rekod di dalam buku log.