Berita


Penggunaan Alkohol Semasa Solat

Tarikh Keputusan:  1 Jan, 1970
Keputusan: 

Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:
i)Alkohol kayu (methanol)
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)

Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH.

Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.

Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.


Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.

Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.


Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan






Awas! Produk Tiruan


AWAS ! Produk Tiruan Dan Pihak Menyamar Kakitangan Hot Perfume


Para pengguna, Cawangan, Stokis, Mini Stokis dan Agen Hot Perfume dikehendaki berwaspada kerana ada pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas jenama dan produk HOT PERFUME dengan menyamar sebagai kakitangan HPSB, malah ada yang mengeluarkan produk haruman tiruan yang menyerupai produk pati haruman badan 5ml Hot Perfume.


HPSB tidak mempunyai pejabat di Menglembu Ipoh, Perak atau di Simpang Pulai, Perak, melainkan pejabat-pejabat Cawangan HPSB seperti yang tertera di dalam website ini.


HPSB AKAN MENDAKWA MANA-MANA PIHAK YANG CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN ATAU MENIRU MANA-MANA PRODUK KELUARAN HPSB ATAU JENAMA 'HOT PERFUME' (TM).