Mini Stokis

* Tarikh Kemaskini : 10hb Ogos 2012


MINI STOKIS 
  • Untuk mendaftar, sila hubungi mana-mana Cawangan atau Stokis yang anda sukai, sila rujuk senarai Cawangan dan Stokis di muka RAKAN NIAGA di atas. Selain Cawangan dan Stokis pendaftaran juga boleh dibuat melalui Mini Stokis lain atau Ejen. Tetapi Mini Stokis atau Ejen tersebut hanya bertindak sebagai Penaja anda sahaja, pesanan stok produk permulaan dan tambahan hendaklah dibuat dengan mana-mana Cawangan atau Stokis (Mini Stokis tidak boleh membekal stok produk kepada Mini Stokis lain).
  • Anda juga boleh mendaftar secara on-line, sila klik logo e-Niaga di MUKA UTAMA. Sila masukkan 'user name' sebagai 'HQ' dan klik butang 'Go', selepas itu di muka lain sila klik butang 'log in' dan klik butang 'Register Now'. Sila isi semua maklumat yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya. Jika anda sudah ada Penaja sila pilih Penaja anda, jika anda masih belum ada Penaja biarkan sahaja sebagai 'default' (NOTA : Jika anda menghadapi masalah, sila emel ke e-niaga@muslimfragrances.com nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan, nombor handphone dan nyatakan jenis rakan niaga yang ingin anda daftar samada Stokis, Mini Stokis atau Ejen. Anda akan menerima USERNAME & PASSWORD melalui email anda).
  • Memiliki premis perniagaan digalakkan tetapi rumah kediaman dibenarkan.
  • Yuran pendaftaran e-niaga ialah RM20 seumur hidup, bayaran yuran hendaklah dibuat terus ke akaun HOT PERFUME SDN BHD, MAYBANK 5580 9701 2816. Sila sms bukti pembayaran ke 019-4210454 atau email ke e-niaga@muslimfragrances.comSelepas mendaftar Mini Stokis akan diberi kad keahlian dan URL peribadi.
  • Hanya satu sahaja jenis keahlian dibenarkan mendaftar bagi setiap individu. Bagi yang telah mendaftar sebagai Mini Stokis, tidak dibenarkan lagi mendaftar sebagai Cawangan atau Stokis ataupun Ejen walaupun dengan menggunakan penama lain dari kalangan ahli keluarga atau kenalan dengan tujuan untuk menggandakan jumlah jualan dengan cara tidak sah. Kitaran jualan produk yang berlaku dari peringkat paling atas iaitu Cawangan sehinggalah ke peringkat paling bawah iaitu Ejen hendaklah kitaran jualan dari aktiviti perniagaan yang sah melalui ahli-ahli yang ditaja dan urusniaga yang benar-benar berlaku (genuine business), bukan dengan formula rekaan sendiri supaya jumlah jualan meningkat secara tidak sah untuk mengejar insentif jualan yang disediakan.
  • Hak sebagai Mini Stokis tidak boleh dijual atau dipindah milik.
  • Peranan Mini Stokis adalah sebagai pusat pendaftaran untuk rakan niaga baru (Stokis, Mini Stokis dan Ejen), pusat pembekalan bagi stok produk serta sebagai pusat pemasaran dan promosi kawasan.
  • Mini Stokis akan dibekalkan PERCUMA dengan bunting.
  • Kadar komisyen Mini Stokis ialah 40% dari harga pasaran semua jenis produk, kecuali Pencuci Pinggan Mangkuk Beraroma dan Pencuci Lantai/Serbaguna Beraroma iaitu 30%.
  • Bagi pesanan permulaan stok produk, Mini Stokis diwajibkan memesan kesemua kategori produk, kuantiti pesanan dan pilihan jenis haruman setiap kategori produk adalah bebas. Modal Mini Stokis bagi pesanan permulaan stok produk ialah minima RM1,500. Manakala bagi setiap pesanan tambahan stok pula ialah minima RM150. Semua pesanan stok produk hendaklah dibuat dengan menggunakan akaun e-niaga.
  • Mini Stokis hendaklah membuat pesanan stok produk tambahan dengan pihak Cawangan atau Stokis.
  • Selain mendapat pulangan hasil dari membekal atau menjual stok produk kepada rakan niaga dan pengguna, Mini Stokis juga berpeluang mendapat pulangan tambahan tunai dari Insentif Jualan Kumpulan bulanan, dengan syarat jumlah jualan peribadi bulanan Mini Stokis hendaklah mencapai RM5,000 dan ke atas. Insentif Jualan Kumpulan bulanan merujuk kepada hasil jualan semua rakan niaga yang telah dilantik oleh Mini Stokis (Penaja Kumpulan). Insentif Jualan Kumpulan bulanan akan dibayar mengikut 3 level seperti berikut. Bagi setiap level, tiada had bilangan penajaan rakan niaga ditetapkan, Mini Stokis boleh mendaftar atau menaja seberapa ramai Stokis, Mini Stokis lain dan Ejen (kecuali Cawangan) supaya berada di bawah rangkaian kumpulannya.


    • Anda hendaklah merekodkan setiap aktiviti urusniaga dalam akaun e-niaga anda, ini termasuklah maklumat stok produk semasa, setiap stok produk tambahan yang dibuat dan maklumat hasil jualan.
    • Mini Stokis boleh menaja lain-lain Stokis, Mini Stokis dan Ejen supaya berada di dalam kumpulannya, tetapi semua urusan PESANAN STOK PRODUK permulaan dan tambahan oleh Stokis dan Mini Stokis yang ditaja hendaklah dibuat dengan pihak Cawangan, hanya pesanan stok produk permulaan dan tambahan oleh Ejen ditaja sahaja boleh dibuat sendiri.
    • Untuk memastikan keahlian anda sentiasa aktif, anda perlu memastikan pada setiap bulan anda tidak terkecuali daripada membuat urusniaga pesanan stok produk tambahan sekurang-kurangnya pada jumlah minima RM150.
    • Jika dalam masa sesuatu bulan anda gagal membuat sebarang urusniaga pesanan stok produk tambahan, keahlian anda akan digantung secara automatik oleh sistem e-Niaga. Keahlian anda akan kembali aktif secara automatik juga apabila anda kembali membuat urusniaga pesanan stok produk tambahan dalam bulan berikutnya. Semasa bulan keahlian digantung (tidak aktif), ahli tidak layak mendapat insentif jualan kumpulan atau lain-lain insentif jika ada.
    • Untuk layak dikira mendapat insentif jualan Kumpulan bulanan, ahli perlu mencapai jumlah minima JUALAN PERIBADI bulanan RM5,000 bagi Mini Stokis.
    • Jumlah jualan kumpulan merujuk kepada harga jualan Mini Stokis kepada Ejen 30% (jualan runcit tidak akan diambilkira).
    • Selain rakan niaga di bawah kumpulan sendiri (kecuali pesanan Stokis dan Mini Stokis lain), Mini Stokis juga dibenarkan membekal atau mengambil pesanan stok produk dari Ejen kumpulan lain jika ada. Bagi pesanan tambahan stok produk dari Ejen kumpulan lain, untuk ini Mini Stokis akan menerima keuntungan runcit sahaja, manakala Insentif Jualan Kumpulan hasil dari pesanan tambahan stok produk Ejen berkenaan akan dibayar kepada pihak rakan niaga yang menaja Ejen berkenaan, begitu juga sebaliknya berlaku jika rakan niaga yang di bawah kumpulan (tajaan Stokis, Mini Stokis dan Ejen) anda mengambil pesanan stok produk dengan rakan niaga kumpulan lain. Mini Stokis hanya akan menerima secara bersama-sama keuntungan runcit beserta dengan Insentif Jualan Kumpulan jika Ejen di bawah kumpulan sendiri mengambil pesanan tambahan stok produk dengan anda.
    • Mini Stokis dibenarkan membuat jualan runcit kepada pengguna tetapi tidak akan diambikira dalam pengiraan insentif jualan kumpulan dan jualan peribadi, kerana jualan runcit diberi keutamaan kepada ahli rakan niaga Ejen.
    • Mini Stokis hendaklah mengekalkan jumlah simpanan stok produk sepanjang masa minima RM1,500 dan hendaklah dari masa ke semasa mempertingkatkan jumlah simpanan stok produk supaya memudahkan kerja pembekalan stok produk terutamanya kepada rakan niaga di dalam kumpulannya. Jika simpanan stok produk pada sesuatu masa kurang dari jumlah minima, Mini Stokis tidak layak mendapat insentif jualan kumpulan bulanan jika ada.
    • Pada bila-bila masa, Stokis BEBAS membuat urusniaga PESANAN STOK PRODUK TAMBAHAN dengan mana-mana Cawangan yang disukai selain dengan Cawangan tempat pendaftaran atau kumpulannya. Mini Stokis juga bebas membuat pesanan stok produk tambahan dengan mana-mana Cawangan atau Stokis yang disukai selain dengan Cawangan atau Stokis tempat pendaftaran atau kumpulannya.
    • Mini Stokis bebas menjalankan strategi pemasaran dan promosi sendiri tetapi mestilah mematuhi sepenuhnya semua terma dan syarat sebagai rakan niaga HOT Perfumes, hak komisyen Ejen, dan harga jualan runcit produk seperti yang telah ditetapkan. HOT Perfumes berhak menggantung atau menamatkan status perlantikan mana-mana Mini Stokis yang melanggar peraturan tanpa syarat.


    NOTA : Bagi anda yang tidak berupaya menjalankan urusniaga melalui internet, anda boleh memilih untuk menjadi Mini Stokis tanpa berdaftar melalui e-Niaga tetapi anda tidak layak mendapat insentif-insentif yang disediakan jika ada. Untuk pendaftaran begini, pendaftaran hanya direkod di dalam buku log sahaja oleh Cawangan atau Stokis tempat pendaftaran anda. Pendaftaran cara ini anda tidak akan diberi kad keahlian dan anda hanya boleh membuat pesanan stok produk dengan Cawangan atau Stokis tempat anda berdaftar sahaja kerana anda hanya dikenali di tempat tersebut melalui rekod di dalam buku log.