Monday, April 4, 2011

Tips Memilih Minyak Wangi

Anda mungkin sering beli minyak wangi atau perfume, tapi wanginya berubah pada keesokannya. Atau pinjam minyak wangi teman, tapi ketika digunakan, aromanya berbeza dengan teman Anda. Memilih minyak wangi baru agak membingungkan. Saat ini tersedia berbagai minyak wangi. Berikut, fakta dan tip agar tidak bingung lagi saat beli minyak wangi.
jenis Wangi dari minyak wangi terdiri dari 4 macam wangi. Setiap kali menyemburkan minyak wangi, Anda akan membau 3 aroma yang terdiri dari:
Top note – muncul dalam 5 – 10 minit sesudah disemburdan menghadirkan wangi yang paling kuat. Lapisan ini biasanya terdiri dari jenis wangi green, sitrus, aldehyde, dan floral lembut.
Middle note (jantung) – muncul 20 – 30 minit sesudah disemburkan. Pada saat ini, hampir semua alkohol sudah mengewap. Wangi tengah / jantung sering kaya bunga.
Base note – muncul sekitar 2 jam sesudah disemburkan dan membantu mengikat wangian bersama. Wangi kayu seperti cedarwood, sandalwood, vanila ditempatkan di base note.
Yang terakhir adalah missing note, zat kimia kulit setiap orang yang membantu menentukan intensiti dan kepanjang umuran minyak wangi. Inilah yang menyebabkan mengapa wangian bisa berbeza pada setiap orang.
Tip saat beli minyak wangi baru
  • membataskan hanya mencuba 3 contoh wangian untuk mencegah olfactory kelelahan.
  • Semburkan minyak wangi pada kertas putih. Jangan semburkann pada tinta kerana boleh mengubah aroma.
  • Sesudah disemburkan, tunggu beberapa detik untuk mencegah tercampur dengan wangian sebelumnya.
  • Jika disemburkan di pergelangan tangan, jangan terus menggosok pergelangan tangan bersama. Cara ini merosakan aroma dan mengubah wangian. Tahan beberapa detik untuk membantu suhu panas tubuh mengaktifkan wangian.
  • Jika mempunyai waktu, tunggu top note menetap dulu selama 5 – 10 minit sehingga Anda lebih yakin bagaimana kerja wangian itu pada zat kimia Anda
sumber: tabloid Aura


No comments:

Post a Comment