Monday, April 4, 2011

Pertukaran Alamat Stokis Hot Perfume Bangi

Stokis Hot Perfume Bangi telah berpindah ke Izzkin Hair & Beauty Spa beralamat di 27, Ground Floor, Jalan Jernang Jaya 1, Taman Jernang Jaya, 43650 Bangi, Selangor, Malaysia berdekatan dengan Masjid As-Solihin Teras Jernang, Asrama Kolej KPTM Bangi, JKR Hulu Langat, TOL Bangi & MFI...


Layari Facebook Page click  Izzkin Hair & Beauty Spa 





HotperfumeBangi.blogspot.com

Produk

Haruman Badan Inspirasi Antarabangsa




* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman WANITA dan harga pasaran




* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman LELAKI dan harga pasaran


Pati Haruman Kereta & Rumah



* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman dan harga pasaran



Sabun Mandi Haruman Inspirasi Antarabangsa


* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman dan harga pasaran


Produk Isi Rumah

* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman dan harga pasaran


Produk Kesihatan


* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman dan harga pasaran


Produk Pelbagai Guna



Aksesori Perniagaan

Untuk mendapat aksesori di bawah, Agen dikehendaki menghubungi pihak Stokis/Cawangan.











wangian-wangian mengikut sunnah

Wangian lelaki

Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح

Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 
1. Perasaan malu 
2. memakai wangian 
3. bersiwak 
4. bernikah

 (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)


حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة

Maksudnya: "Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 
1. Wanita yang halal
 2. wangian 
3. rasa seronok dalam solat." 

(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:

طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Wangian wanita

Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Wangian Rasulullah

Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :

ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله

Maksudnya: "Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w." (Hadis sahih Bukhari Muslim)

Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud - sanad hasan).

Makruh menolak pemberian wangian

Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:

من عرض عليه ريحان فلا يرده

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak." (Hr Muslim)

Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.




Tip memakai Minyak Wangi


* Minyak wangi berkesan kepada kulit yg panas dan mempunyai peraliran darah yg baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yg paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yg dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi. * Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yg suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yg tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dgn pemakaian minyak wangi baru.
* Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri.Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yg sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan.
* Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Utk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jgn simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.
        
Mengapa bau minyak wangi berbeza2 bila dipakai oleh org berlainan?
* Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yg kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.
* Suhu dan kelembapan yg berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi  mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.
* Minyak wangi adalah campuran bahan2 tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yg  baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dgn bau asal yg digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yg berterusan.
* Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dgn peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.
* Setiap org mempunyai  bau badan yg tersendiri.Semua bergantung kepada keadaan kulit masing2, gaya hidup dan pemakanan yg seimbang. Org lain mungkin sesuai dgn haruman yg digunakan tetapi kita tidak.



Lain2.....


  1. Eau de Parfum sebaiknya tidak langsung disemburkan ke baju karena akan menimbulkan noda dan sulit hilang. Gunakan selalu pada kulit badan. Parfum yang disemprotkan atau digunakan ke badan akan berkembang dan menjadi makin lembut nantinya.
  2. Semprotkan atau oleskan minyak wangi di belakang telinga, leher, belakang lutut, dan belahan dada.
  3. Sebaiknya, kemasan minyak wangi disimpan ditempat yang sejuk seperti di lemari pendingin agar bertahan lebih lama dan bau serta warnanya tidak berubah.
  4. Kini minyak wangi tersedia dalam berbagai ragam aroma dan botol/kemasan aneka bentuk serta rupa. Wadah/botol yang tidak transparan akan lebih awet dibanding yang transparan, karena isinya terlindung dari sinar secara langsung.



Tips Memilih Minyak Wangi

Anda mungkin sering beli minyak wangi atau perfume, tapi wanginya berubah pada keesokannya. Atau pinjam minyak wangi teman, tapi ketika digunakan, aromanya berbeza dengan teman Anda. Memilih minyak wangi baru agak membingungkan. Saat ini tersedia berbagai minyak wangi. Berikut, fakta dan tip agar tidak bingung lagi saat beli minyak wangi.
jenis Wangi dari minyak wangi terdiri dari 4 macam wangi. Setiap kali menyemburkan minyak wangi, Anda akan membau 3 aroma yang terdiri dari:
Top note – muncul dalam 5 – 10 minit sesudah disemburdan menghadirkan wangi yang paling kuat. Lapisan ini biasanya terdiri dari jenis wangi green, sitrus, aldehyde, dan floral lembut.
Middle note (jantung) – muncul 20 – 30 minit sesudah disemburkan. Pada saat ini, hampir semua alkohol sudah mengewap. Wangi tengah / jantung sering kaya bunga.
Base note – muncul sekitar 2 jam sesudah disemburkan dan membantu mengikat wangian bersama. Wangi kayu seperti cedarwood, sandalwood, vanila ditempatkan di base note.
Yang terakhir adalah missing note, zat kimia kulit setiap orang yang membantu menentukan intensiti dan kepanjang umuran minyak wangi. Inilah yang menyebabkan mengapa wangian bisa berbeza pada setiap orang.
Tip saat beli minyak wangi baru
  • membataskan hanya mencuba 3 contoh wangian untuk mencegah olfactory kelelahan.
  • Semburkan minyak wangi pada kertas putih. Jangan semburkann pada tinta kerana boleh mengubah aroma.
  • Sesudah disemburkan, tunggu beberapa detik untuk mencegah tercampur dengan wangian sebelumnya.
  • Jika disemburkan di pergelangan tangan, jangan terus menggosok pergelangan tangan bersama. Cara ini merosakan aroma dan mengubah wangian. Tahan beberapa detik untuk membantu suhu panas tubuh mengaktifkan wangian.
  • Jika mempunyai waktu, tunggu top note menetap dulu selama 5 – 10 minit sehingga Anda lebih yakin bagaimana kerja wangian itu pada zat kimia Anda
sumber: tabloid Aura


Sunday, February 13, 2011

Product

Haruman Badan Inspirasi Antarabangsa




* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman WANITA dan harga pasaran



* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman LELAKI dan harga pasaran


Pati Haruman Kereta & Rumah



* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman dan harga pasaran



Sabun Mandi Haruman Inspirasi Antarabangsa


* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman dan harga pasaran


Produk Isi Rumah

* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman dan harga pasaran


Produk Kesihatan


* Tekan butang LIHAT KATALOG untuk melihat jenis haruman dan harga pasaran


Produk Pelbagai Guna


Aksessori Perniagaan

Untuk mendapat aksessori di bawah, Stokis dan Agen dikehendaki menghubungi pihak Cawangan.
Harga di bawah adalah harga untuk Agen. Untuk harga Stokis sila rujuk dalam borang pesanan produk.








Katalog Produk Kesihatan

AROMATHERAPY CONES

Cara menggunakannya samada dibakar atau disimpan di dalam kereta, almari dan sebagainya.

Jika hendak dibakar, nyalakan api di hujung kon dan padamkan api setelah ianya membara. Bara tersebut akan mengeluarkan asap yang berbau harum. Setiap kon mengambil masa kira-kira 30 minit. Haruman yang dikeluarkan oleh kon walaupun sudah terpadam baranya, mampu bertahan selama sehari. Ia amat sesuai digunakan di dalam bilik tidur, ruang tamu atau tandas bagi menyegarkan udara dan menghidupkan suasana.

PERHATIAN : Untuk kesan lebih baik dan haruman kekal lebih lama, simpan dalam suhu bilik, elak cuaca panas. Asap dari bara kon tidak memedihkan mata tetapi dinasihatkan supaya diletak dipenjuru ruang dan ditempat yang selamat. Letak kon yang membara di atas piring atau bahan tahan bakar.






AURAFLUX PERFUMES
HARUMAN BERTENAGA MAGNET




* DAPATKAN AURA KUASA LUARBIASA DENGAN SERTA MERTA HANYA DENGAN RM15.90 SAHAJA !!!
* UNTUK MENDAPAT AURA KUASA HEBAT SECARA SAINTIFIK INI, ANDA TIDAK PERLU BERMEDITASI SIANG DAN MALAM ATAU BERTAPA BERTAHUN-TAHUN ATAU
MEMBELI PRODUK-PRODUK AURA LAIN YANG BERHARGA BERIBU RINGGIT
* HANYA DALAM TEMPOH 3 SAAT SAHAJA AURA KUASA LUARBIASA DARI AURAFLUX PERFUMES, HASIL DARI TEKNOLOGI GELOMBANG MAGNET ANGKASA LEPAS,
SUDAH BERADA DI DALAM TUBUH ANDA. AURA KUASA HEBAT DARI AURAFLUX PERFUMES INI BOLEH DIBUKTIKAN DAN DIRASAI SENDIRI
OLEH ANDA DENGAN SERTA MERTA (Sila rujuk teknik demo di dalam video)

Apakah Auraflux Perfumes ?

Auraflux Perfumes adalah pati minyak wangi yang telah disuntik dengan kuasa gelombang magnet secara saintifik.

Apakah Kuasa Gelombang Magnet Secara Saintifik ?

Sebelum ini pernahkah anda mendengar tentang produk gelang magnet ? Jika anda sudah mengetahui ciri-ciri dan khasiat produk gelang magnet, maka Auraflux Perfumes
adalah produk yang sama tetapi molekul magnetnya dalam bentuk cecair (gelang magnet dalam bentuk pepejal)... malahan ciri-ciri kuasa gelombang magnet dalam
Auraflux Perfumes lebih hebat dan lebih menakjubkan ! Teknologi kuasa gelombang magnet secara saintifik ini diimport dari USA.

Apakah Perbezaan Di Antara Auraflux Perfumes Dengan Gelang Magnet Atau Produk Aura Lain ?

Kadar kuasa gelombang magnet di dalam gelang magnet akan beransur-ansur hilang, menurun atau berkurangan dari masa ke semasa. Tetapi ini tidak berlaku pada kadar kuasa
gelombang magnet di dalam Auraflux Perfumes. Kadar kuasa gelombang magnet di dalam Auraflux Perfumes akan kekal berterusan kerana molekul-molekul magnetnya
yang mampu bergerak bebas (cecair) akan terurai, merebak atau membiak (dispersion).
Selain itu kos bagi kuasa gelombang magnet berbentuk cecair ini jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh ramai pengguna.
Auraflux Perfumes boleh di bawa ke tandas atau dilangkah, tidak seperti produk aura lain yang menggunakan ayat suci Al-Quran yang mana tidak boleh dilangkah atau dibawa ke tandas.

Apakah Khasiat Auraflux Perfumes ?

Kuasa gelombang magnet di dalam Auraflux Perfumes mampu memusatkan atau mengumpul tenaga (dari seluruh bahagian tubuh) yang berada di dalam tubuh pemakai.
Ia akan membuat pemakainya berasa lebih bertenaga dari biasa dan mengelak dari rasa lesu, keletihan atau mudah kepenatan. Bagi anda yang melakukan tugas berat dan lasak
atau pekerjaan dan tugasan yang menuntut lebih masa atau berasa lemah, tidak bertenaga dan mengantuk pada sebelah petang, Auraflux Perfumes amat sesuai digunakan
untuk menjamin kesegaran dan ketahanan tubuh sepanjang hari.  Ia juga sesuai untuk kegunaan ahli-ahli  sukan.
Auraflux Perfumes turut melancarkan pengaliran darah serta menyuntik ion-ion negatif (ion baik) bagi mengimbangi ion-ion positif (ion jahat) di dalam tubuh pemakai.
Ini secara tidak langsung akan memperbaiki tahap kesihatan tubuh pemakai.
Selain itu kebaikan kuasa gelombang magnet hasil dari pemakaian Auraflux Perfumes akan meransang proses pembuangan kandungan toksid yang berada di dalam tubuh pemakai.
Ini akan menyebabkan pemakainya lebih kerap membuang air kecil dan menyebabkan haus.
Pemakai dinasihatkan supaya banyak meminum air agar proses pembuangan toksid yang berada di dalam tubuh dapat berlaku.

Bagaimana Kaedah Pemakaian Auraflux Perfumes ?

Dicadangkan memakai Auraflux Perfumes 2X sehari pada sebelah pagi dan petang. Sapu Auraflux Perfumes di bahagian nadi pergelangan tangan dan leher.
Hendaklah menyapu kembali Auraflux Perfumes jika bahagian yang disapu terkena air. Ini kerana kuasa gelombang magnet pada
Auraflux Perfumes akan hilang setelah minyak wangi tersebut dibasuh.

Adakah Pantang Larang Mengguna Auraflux Perfumes ?

Tiada pantang larang bagi pemakaian Auraflux Perfumes.
Wanita hamil, pesakit jantung yang menggunakan peranti bantuan dan kanak-kanak di bawah 10 tahun tidak dibenarkan memakai produk Auraflux Perfumes.

CUBALAH AURAFLUX PERFUMES HARI INI JUGA.. ANDA MAMPU MEMILIKINYA DAN PASTI TERUJA DENGAN KEHEBATANNYA !!!





CITRONELLA Insect Repeller
PATI MINYAK SERAI WANGI Penghalau Serangga




Citronella atau serai wangi adalah produk penghalau pelbagai serangga yang amat berkesan, produk ini boleh didapati dalam dua bentuk iaitu kon atau spray.
Citronella Cones hendaklah dibakar untuk mendapat kesan maksimum atau boleh juga diletak begitu sahaja ditempat yang diperlukan bagi mengelak kehadiran serangga seperti lalat, nyamuk, lipas, semut, cicak dan sebagainya.
Selain membasmi kehadiran serangga, Citronella Cones yang dibakar turut meninggalkan kesan berbau harum yang mempersona, ianya tidak toksid berbanding dengan produk penghalau serangga yang lain bukan sahaja mahal malah bahaya pada kesihatan (toksid).














Katalog Produk Isi Rumah





PENCUCI FABRIK/KAIN BERAROMA

Pati sabun pencuci Gred A yang diadun dengan pati minyak wangi, anti-bakteria dan suci, diperbuat daripada lemak sayuran.
Harga berpatutan setanding dengan harga sabun pencuci fabrik lain yang bermutu tinggi di pasaran.
Pakaian kotor tidak akan berbau busuk walaupun direndam semalaman (anti-bakteria). Baju, kain dan sebagainya menjadi amat bersih serta berbau harum seperti memakai minyak wangi. Untuk mendapat kesan haruman optimum, digalakkan guna bersama dengan Pelembut Fabrik Beraroma Hot Perfume di bawah. PENTING : Rendam basuhan sekurang-kurangnya 10 minit (wash only, air secara bergerak) sebelum basuhan dibasuh secara automatik (air basuhan dikeluarkan).
PERHATIAN : Hati-hati dengan sabun pencuci fabrik lain di pasaran yang diperbuat daripada lemak binatang.








PELEMBUT FABRIK BERAROMA
Pati pelembut fabrik Gred A yang diadun dengan pati minyak wangi, anti-bakteria dan suci, diperbuat daripada lemak sayuran.
Harga berpatutan setanding dengan harga pelembut fabrik lain yang bermutu tinggi di pasaran.
Baju, kain dan sebagainya menjadi amat lembut, tidak berkedut dan mudah diseterika serta berbau harum seperti memakai minyak wangi. Untuk mendapat kesan haruman optimum, digalakkan guna bersama dengan Pencuci Fabrik Beraroma Hot Perfume di atas. PENTING : Guna Pelembut Hot Perfume pada bilasan terakhir, rendam basuhan sekurang-kurangnya 10 minit (wash only, air secara bergerak) sebelum air dikeluarkan.
PERHATIAN : Hati-hati dengan pelembut fabrik lain di pasaran yang diperbuat daripada lemak binatang.




PENCUCI PINGGAN MANGKUK BERAROMA

Pati sabun pencuci pinggan mangkuk Gred A yang diadun dengan pati minyak wangi, anti-bakteria, mengandungi losyen pelembab (yang pertama) dan suci, diperbuat daripada lemak sayuran.
Harga berpatutan setanding dengan harga sabun pencuci pinggan mangkuk lain yang bermutu tinggi di pasaran.
Menjadikan pinggan mangkuk amat bersih serta berbau harum, tempat basuhan juga berbau harum/menghilangkan bau busuk dari sisa makanan, malah melembutkan tangan (sabun pencuci lain merosakkan atau membuat tangan menjadi kasar).
PERHATIAN : Hati-hati dengan sabun pencuci pinggan mangkuk lain di pasaran yang diperbuat daripada lemak binatang.



PENCUCI SERBAGUNA
(Lantai, Perabot, Cermin Dll)

Pati sabun pencuci Gred A yang diadun dengan pati minyak wangi, anti-bakteria dan suci, diperbuat daripada lemak sayuran.
Harga berpatutan setanding dengan harga sabun pencuci serbaguna lain yang bermutu tinggi di pasaran.
Jika digunakan pada lantai, selain mematikan kuman dan menjadikan amat bersih, ia turut memberi kesan selesa apabila dipijak serta berbau harum sepanjang hari. Jika digunakan pada perabot, kaca dan lain-lain akan memberi kesan kilauan luarbiasa, amat bersih, mematikan kuman serta mengeluarkan bau harum di dalam rumah/pejabat sepanjang hari.
PERHATIAN : Hati-hati dengan sabun pencuci serbaguna lain di pasaran yang diperbuat daripada lemak binatang.